Monday, January 11, 2010

alasan kenapa pintu UPM ditutup...

Assalamualaikum.
i) Kategori - Aduan
ii) PTJ - Bahagian Keselamatan UPM
A) Keterangan Aduan

Laluan aliran trafik baru yang bermula 1 Januari 2010 menyusahkan pelajar. Tidak relevan keadaan semasa. Tambahkan guard kalau nak pastikan keselamatan. jangan buat kami pelajar merana.

Jawapan

B) Siasatan/Penjelasan dan Punca Aduan

i) Hasil siasatan - sahih

ii) Punca Aduan (jika sahih) -

Rasional Laluan Pintu 16/18 Ditutup Dari Jam 7.00pm

1) Laluan tersebut sempit dan merbahaya kepada pengguna yang melalui jalan tersebut untuk masuk ke kolej.

2) Terdapat simpang 4 yang agak sempit dan menyukarkan pergerakan kenderaan untuk masuk ke kawasan kolej terutamanya bas.

3) Dalam aspek Keselamaatn dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), hasil dari pemeriksaan yang dijalankan didapati kawasan itu sempit, pergerakan lalulintas sesak dan mengakibatkan pengumpulan asap karbon monosid yang padat berlaku dan mendatangkan risiko yang amat tinggi terhadap kesihatan anggota yang bertugas.

Rasional Pintu 15 Dibuka 24 Jam

1) Dari aspek Keselamatan lalulintas laluan ini adlah terjamin Keselamatanya.

i) Simpang luas (simpang 3)

ii) Ada trafik light

iii) laluan merupakan laluan 2 hala - Memudahkan kenderaan masuk/keluar ke kawasan kolej

2) Dilaluan Pintu 15 Terdapat:-

i) Institut Biosains (IBS) - Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Universiti yang digunakan oleh pelajar master/PHD untuk membuat penyelidikan 24 jam yang melibatkan pelajar tempatan dan antarabangsa.

ii) Bila laluan pintu 15 dijadikan laluan utama (24 jam) maka jalan tidak akan sunyi

3) Walaubagaimana perubahan yang dijalankan telah pun dibincangkan dengan unit kenderaan UPM (bagi laluan bas).

4) Telah mengadakan perbincangan diantara Bahagian Keselamatan dengan MPP/MTM semua kolej dan telah mendapat persetujuan dengan cadangan penambahbaikan dengan melanjutkan masa keluar pintu 18 dan 7.00 mlm ke 8.30 mlm (isnin - jumaat).

5) Laluan pintu 16/18 boleh dilalui oleh pelajar yang berjalan kaki, berbasikaldan sewaktu kecemasan melalui pintu pejalan kaki.


*****************************************************************
AHMAD RAZEI ABU BAKAR
TIMBALAN PENYELARAS KEPUASAN PELANGGAN
BAHAGIAN KESELAMATAN UNIVERSITI
UPM.
03 8947 2038

Saturday, January 9, 2010

pengurusan makmal sains....

dalam banyak2 subjek, aku rasa ni la yg paling berat sbab byak sgt esemen... dh la kna beli 1st aid... pastu kna buat buku, esemen lain2 lg... waaa.. banyaknya rasa..
tp ni list 1st aid yang basic yg smalam aku beli kt guardian..
skrang ni kt guardian pn dieorg knakan cas 20 sen setiap plastik bagi kalo hari sabtu kalo kt selangor ni sbab hr sbtu kt slngor ni hr tanpa plastik..
harap2 brjaya la program ni...

ni yg basic
bandage,
ubat kuning,
coton wool,
gauze swab,
handplast,
panadol,
actal(skit prut),
tger balm,
selotape tmpal luka,
gnting

Tuesday, January 5, 2010

Hasrat Warga Emas Mengejar Phd. Sebelum Umur 100 Tahun




WALAUPUN sudah bergelar datuk, Abubakar Muhammad Barinjimi dari Nigeria menyimpan hasrat untuk memperolehi ijazah kedoktoran (Phd.) dalam bidang teologi sebelum berusia 100 tahun.

Rakan-rakan kelas Abubakar berusia tujuh tahun dan mereka tidak berjanggut sepertinya. Beliau yang berumur 88 tahun duduk di tengah-tengah kelas di kerusi yang ditempah khas untuknya.

Persamaan antara mereka adalah mereka belajar sukatan pelajaran sama walaupun beza umur mereka bagaikan langit dan bumi.

Datuk kepada 60 orang cucu ini perlu mengorak langkah seribu untuk mencapai hasratnya dan buat permulaan harus belajar membaca dan menulis terlebih dahulu.

Kalau mengikut kiraan biasa, setelah usianya menjangkau 120 tahun barulah Abubakar dapat memperolehi segulung ijazah kedoktoran.

“Usia bukan penghalang dan cita-cita saya adalah untuk bergelar doktor dalam bidang teologi sebelum menutup mata buat selama-lamanya,” jelasnya sambil duduk dan memegang sebatang pensil dalam kelas.

Pesara jurubina bangunan ini mendaftarkan diri di sebuah sekolah persendirian yang bermodelkan sekolah Nigeria dan Mesir pada 2008. Sekolah yang terletak di negeri Kano, Nigeria ini mengajar agama Islam dan sukatan pelajaran umum.

Abubakar menaiki bas sekolah sejauh enam kilometer dari rumahnya setiap hari untuk ke sekolah bersama dua orang cucunya yang turut belajar di sekolah yang sama.

Abubakar ingin belajar selagi dia hidup.-Foto AFP

Dalam pada itu, salah seorang daripada lapan orang anaknya, Sani Barinjimi tumpang gembira dan merasa bangga apabila mendapat tahu ayahnya mahu melanjutkan pelajaran.

“Kami memberikan sokongan moral dan kewangan agar ayah dapat mencapai cita-citanya,” kata guru kolej yang berumur 42 tahun itu.

Abubakar pada mulanya berhasrat untuk belajar membaca Al-Quran dan berjaya mencapai impiannya.

Kemudian, beliau bercita-cita menjadi pakar teologi untuk menyebarkan agama Islam kepada masyarakat bukan Islam yang berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Abubakar buta huruf kerana tidak berpeluang untuk menjejakkan kaki ke sekolah pada usia muda.

Ayah Abubakar menyuruhnya menjadi seorang perintis jurubina. Hasil daripada perniagaan itulah Abubakar menyara keluarga serta membesarkan lapan orang anaknya. Kesemua anak-anak Abubakar bersekolah.

Abubakar digelar Baba, (bermaksud ayah dalam bahasa Hausa) oleh guru-guru serta rakan-rakan sekolahnya. Namun, Abubakar tidak mengendahkan jurang umur antara dia dan murid-murid lain.

“Saya gembira berada di samping mereka kerana kehadiran mereka memberikan saya galakan serta keberanian,” jelas Abubakar. Guru-guru serta rakan-rakan sekelasnya berkata Abubakar semakin maju dalam pelajarannya.

“Abubakar mendapat nombor empat dalam kelas dan dalam sebarang kuiz atau peperiksaan. Dia juga mampu belajar dengan cepat,” kata guru besar sekolahnya, Suleiman Garba Hussein kepada AFP.

Tambahnya, Abubakar mampu menyesuaikan diri dengan baik dengan murid-murid lain dan mahu dilayan secara sama rata.

Rakan sekelasnya, Fatima Garba, berkata dia seronok belajar dan main bersama Abubakar yang juga adalah sahabat baiknya.

“Sepanjang tahun lalu, pengajaran yang saya perolehi adalah hidup ini tidak berguna tanpa pelajaran dan saya akan terus mengejar impian saya selagi hidup,” ujar Abubakar.